Thursday, April 23, 2009

Masjid Putra,Putrajaya


Dewan Solat
Keluasan dewan solat utama Masjid Putra ialah 3,600 meter persegi yang boleh menampung 8,000 jemaah. Manakala Keluasan dewan solat wanita pula ialah 2,200 meter persegi yang boleh menampung 2,000 jemaah. Laman terbuka (sahn) pula mempunyai keluasan 3,000 meter persegi berbumbung dan 5,200 meter persegi tanpa bumbung. Laman terbuka ini boleh menampung 5,000 jemaah. Permaidani yang terdampar di dewan solat iaitu tempat berpijak, berlutut dan sujud. Suasana warna batu marmar garnit matang di laman terbuka juga direka khas supaya sesuai untuk saf dan tempat mendirikan solat.

Menara
Menara yang dibina di sebelah kiri pintu gerbang merupakan binaan yang tertinggi Di Masjid Putra iaitu mencapai 116 meter. Menara berbentuk bintang 8 penjuru ini jelas memperlihatkan keunggulan senibina dan senireka islam. Terdapat lima tingkat pembahagi pada menara ini untuk melambangkan lima rukun islam dan juga sembahyang lima waktu. Dipuncak menara ini terdapat corong pembesar suara. Bahan binaan utama menara yang digunakan adalah batu marmar garnit matang dan semburan pasir garnit. Di setiap peringkat menara ada dipasang lampu l impah yang dapat meneranginya pada waktu malam. Menara yang berbentuk segi lapan ini di ilhamkan dari Masjid Sheikh Omar di Baghdad.

Kubah
Kubah yang berwarna merah jambu merupakan imej utama Masjid Putra. Kubah Besar berukuran 36 meter garis pusat dan mempunyai ketinggian 63 meter dari lantai dewan solat utama. Di puncak kubah terdapat mercu setinggi 19 meter. Di samping kubah besar terdapat juga 8 kubah kecil berukuran 8 meter garis pusat yang terletak di atas dua aras. Bahan binaan utama kubah adalah komposit bertetulang gentian kaca yang bersalut jubin mozek,manakala mercunya disalut dengan jubin mozek yang berwarna keemasan.