Thursday, April 23, 2009

KEMAAFAN...

Aku selalu ucapkan kemaafan kepada sesiapa pun...tak kira aku bersalah @ tidak pada sesiapa pun..setiap kali sebelum aku tidur aku akan memohon pada yg kuasa agar sume makhluk di muka bumi ini agar memaafkan aku....tp adakah sumenye memaafkan aku???

Kemaafan bukan untuk ditagih,
Bukan untuk disalah ertikan,
Yang mampu mengundang pedih,
Walau hanya sekadar ucapan.

Maaf itu lahirnya dari hati,
Yang tidak boleh dikongsi,
Bukan juga untuk ditangisi,
Bila sudah menjadi benci.

Letakkan kemaafan ditempat terpuji,
Bukan untuk dijual beli,
Namun sebagai suatu pengganti,
Pabila diri terasa dikhianati.

Senang untuk ucapkan maaf,
Dengan hanya sekali lafaz,
Namun ianya bukanlah permainan,
Untuk mengubat segala kekhilafan.

Sekali hati robek dicalari,
Kemaafan tidak berguna lagi,
Andai ianya telah terjadi,
Meranalah diri kemudian hari.

Kasih sayang sebagai pengubat,
Namun bukan yang terhebat,
Pabila benci terus menghambat,
Yang mudah menjadi lambat.

Hargailah setiap ucapan kemaafan,
Bukan untuk dikotak-katikkan,
Kerna ianya permata kehidupan,
Melakar impian dalam kesamaran.

Sejauh mana kekuatan persahabatan

saya bukanlah seorang individu yang mempunyai ramai ’sahabat’, mungkin kawan-kawan tu ramailah..Sebenarnya ketika melihat profil friendster rakan yg lain.. saya melihat ada yang memberi kata2 makna yang mendalam.. Jadi rasanya tidak salah kalau dikongsikan pernyataan tu kan..

Berikut merupakan pernyataan yang menarik :-

1. "In the End, we will not remember the words of our enemies, but the silence of our friends” - Ini merupakan pernyataan seorang rakan chating di dalam shoutout friendster.. Kalau dibaca memang ada logiknya dalam hidup realiti ni.. Mungkin kita akan mengalami situasi berikut di mana rakan kita tidak membisu seribu bahasa.. Dan mungkin kadangkala kita akan menjadi rakan yang senyap itu.. Adakah anda begitu??

klik gambar untuk large

- Katun di atas merupakan ini ditampal oleh seorang member friendster dalam profile beliau.. Cuba kita baca apa yang tertulis dalam ayat-ayat tersebut.Mungkin ramai dari kita yang sering menjadi penglipurlara dalam perbincangan/borak-borak tanpa menjadi pendengar.. Biasanya mereka yang banyak bercerita tanpa disedari kadangkala mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati tanpa disedari oleh rakan-rakan.. Jadi fikirkan kembali dan nilai sejauh mana kita menjadi seorang pendengar..
3. Mengingati TEMAN tanda persahabatan,. Mengingati MATI sumber kekuatan IMAN. Mengingati AKHIRAT semulia-mulia INGATAN. Dan mengingati ALLAH itulah ketenangan.” - Ini sms dari seorang bekas rakan chating.. Memang kita sering terlupa pada mengingati MATI, AKHIRAT dan ALLAH. Yang banyak lebih mengingati teman wanita/lelaki sampai kewajipan ditinggalkan.. Wallahualam.. Mungkin kita boleh memperbaiki keutuhan kita dalam mengingati perkara-perkara diatas..AMIN.

Mungkin anda ada pernyataan menarik yang boleh kita kongsi bersama-sama.. Harap-harap persahabatan kita akan terus terjalin walaupun tanpa bersua..


Masjid Putra,Putrajaya


Dewan Solat
Keluasan dewan solat utama Masjid Putra ialah 3,600 meter persegi yang boleh menampung 8,000 jemaah. Manakala Keluasan dewan solat wanita pula ialah 2,200 meter persegi yang boleh menampung 2,000 jemaah. Laman terbuka (sahn) pula mempunyai keluasan 3,000 meter persegi berbumbung dan 5,200 meter persegi tanpa bumbung. Laman terbuka ini boleh menampung 5,000 jemaah. Permaidani yang terdampar di dewan solat iaitu tempat berpijak, berlutut dan sujud. Suasana warna batu marmar garnit matang di laman terbuka juga direka khas supaya sesuai untuk saf dan tempat mendirikan solat.

Menara
Menara yang dibina di sebelah kiri pintu gerbang merupakan binaan yang tertinggi Di Masjid Putra iaitu mencapai 116 meter. Menara berbentuk bintang 8 penjuru ini jelas memperlihatkan keunggulan senibina dan senireka islam. Terdapat lima tingkat pembahagi pada menara ini untuk melambangkan lima rukun islam dan juga sembahyang lima waktu. Dipuncak menara ini terdapat corong pembesar suara. Bahan binaan utama menara yang digunakan adalah batu marmar garnit matang dan semburan pasir garnit. Di setiap peringkat menara ada dipasang lampu l impah yang dapat meneranginya pada waktu malam. Menara yang berbentuk segi lapan ini di ilhamkan dari Masjid Sheikh Omar di Baghdad.

Kubah
Kubah yang berwarna merah jambu merupakan imej utama Masjid Putra. Kubah Besar berukuran 36 meter garis pusat dan mempunyai ketinggian 63 meter dari lantai dewan solat utama. Di puncak kubah terdapat mercu setinggi 19 meter. Di samping kubah besar terdapat juga 8 kubah kecil berukuran 8 meter garis pusat yang terletak di atas dua aras. Bahan binaan utama kubah adalah komposit bertetulang gentian kaca yang bersalut jubin mozek,manakala mercunya disalut dengan jubin mozek yang berwarna keemasan.

Tuesday, April 21, 2009

DEFINASI CINTA....

Saje nak berkongsi dgn di luar sana...apakah definasi cinta yg sebenarnya...adakah sukar mencari cinta???mcm2 jawapan yg aku jumpa tentang definasi cinta ini....antaranya...

  • Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
  • Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
  • Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  • Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
  • Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”
  • Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
  • Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
  • Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
  • Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
  • Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
  • Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
  • Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
  • Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
  • Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
  • Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
  • Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
  • Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
  • Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
  • Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
  • Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
  • Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
  • Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
  • Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
  • Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.


C- Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I- Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N- Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T- Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A- Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.


K- Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A- Akad dilafaz cinta berbunga
S- Suami disanjung-tinggi
I- Isteri disayangi
H- Harumlah kasih sepanjang zaman


S- Sayangkan Isteri kasihkan suami
A- Ada masalah, dibincangkan bersama
Y- Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A- Amalkan hidup bertoleransi
N- Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G- Gaduh sesekali tu perkara biasa


H- Hati suami mesti dijaga
A- Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T- Tanggung-jawab dipikul bersama
I- Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Monday, April 20, 2009

Baru Balik!!!


Letih2...baru balik dr Putrajaya....balik hari mana tak letih...btolak kol 5.30pg...mata punye la ngantuk gileeee....dah pernah smp putrajaya 2-3 kali pun sosat lagi..mujur ada membe yg tau...tp aku tak ikut direction yg diberi hahaha...redah punye redah..akhinye smp di tempat di tuju....aku hanta mak aku kat JPA....aku plak pi cari parking..aku ingat putrajaya ni tade la havoc sangat mcm pejbt2 kat KL nun...sekali punye susah cr parking...aku bosan cr parking tade aku pi la ronda2 area masjid putrajaya...minum2 jup...elok settle aku dah minum mak aku kol dah selesai keje die....aku pi amik...mujur tak sesat hehheh....pastu aku bawak plak mak aku pi jln2 kat area...masjid putrajy..smpat la die buat smyg dhuha kat situ...pstu pi jumpa adk mespe FAIZ_Bigrolola...die siap tunjuk jalan nak kuar balik ipoh lagi...hehehehe...die takut aku sosat lagi...:p yg buat aku geram banyak btl tol....kalo pi lg murah dari balik...hu3...itu aku tak kesah sbb mak aku yg bayar...hahha.. mak aku lapa nak mkn satey kajang katenye...so kami singgah restoran jejantas mkn satay kajang...mkn 1o cucuk kompom kenyang...:p pastu dah kenyang aku siap mandi pastu semayng...mate ni tuhan saje yg tahu....punye la mengantuk...aku tak tahan smp mana ntah singgah untuk tido...dapat la 10minit...pastu mak soh singgah tapah nak beli pau....singgah la... then terus balik sambung tido la pa lagi hahahhaa....